ABU HURAIRAH:
Beliau adalah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau
dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk
agama Islam tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang
mashyhur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau
berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman.
Kehidupan Abu Hurairah
Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia
telah dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk
putrinya, Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah
mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas kepada menyanjung
keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia kerana kealiman dan
kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan
pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai
ukuran kemuliaan.
Sejak menikah, Abu Hurairah r.a. membahagi malamnya kepada tiga bahagi:
untuk membaca Al-Quran, untuk tidur dan keluarga, dan untuk
mengulang-ulang hadits. Dia dan keluarganya tetap hidup sederhana
walaupun setelah menjadi orang berada . Abu Hurairah r.a. suka
bersedekah, menjamu tamu, bahkan memberi sedekah rumahnya di Madinah
untuk pembantu-pembantunya.
Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam pernah mengutuskan Abu Hurairah
r.a. berdakwah ke Bahrain bersama Al-Ala ibn Abdillah Al-Hadrami r.a.
Dia juga pernah diutus bersama Quddamah r.a. untuk mengutip jizyah di
Bahrain, sambil membawa surat ke Amir Al-Munzir ibn Sawa At-Tamimi.
Mungkin disebabkan oleh itu, Abu Hurairah r.a. diangkat menjadi gabenor
Bahrain ketika Umar r.a. menjadi Amirul Mukminin. Tapi pada 23 Hijrah,
Umar r.a. memecatnya kerana Abu Hurairah r.a. dituduh menyimpan wang
yang banyak sehingga 10,000 dinar. Ketika pembicaraan, Abu Hurairah r.a.
berjaya membuktikan bahawa harta itu diperolehinya dari berternak kuda
dan pemberian orang. Khalifah Umar r.a. menerima penjelasan itu dan
memaafkannya. Lalu dia diminta menerima jabatan gabenor kembali, tapi
Abu
Hurairah r.a. menolak.
Penolakan itu diiringi lima alasan. "Aku takut berkata tanpa
pengetahuan; aku takut memutuskan perkara bertentangan dengan hukum
(agama); aku tidak mahu disebat; aku tak mau harta benda hasil
pencarianku disita; dan aku takut nama baikku tercemar," katanya. Dia
memilih untuk tinggal di Madinah, menjadi warga biasa yang
memperlihatkan kesetiaan kepada Umar, dan para pemimpin sesudahnya.
Khalifah Umar ibn Khattab r.a. pula pernah melarang Abu Hurairah r.a.
menyampaikan hadits dan hanya membolehkan menyampaikan ayat Al-Quran.
Ini disebabkan tersebar khabar angin bahawa Abu Hurairah r.a. banyak
memetik hadits palsu. Larangan khalifah baru dibatalkan setelah Abu
Hurairah r.a. mengutarakan hadits mengenai bahaya hadits palsu.
مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا، فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النار
Sesiapa berdusa terhadap saya dengan sengaja, maka hendaklah dia
mempersiapkan tempat duduknya di dalam api neraka [Al-Bukhariy/ 1291],
[Muslim/ 3], [Ibnu Hibban/ 31], [Abu Dawud/ 3651], [At-Tirmizi/ 2659],
[Ibnu Majah/ 30, 33, 36, 37], [Ad-Darimi/ 231, 232, 234, 235, 236, 238,
593], dan [Ahmad/ 585, 1078, 1416, 2670, 3791, 3804, 9086, 10350, 11011,
11531, 11700, 12291, 12353, 12687, 12777, 13549, 13558, 13568, 13843,
16071, 16471, 16978]
Asal usul gelaran Abu Hurairah
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak
kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu
Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam dia ditanyai apa yang ada dalam
lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kuching yang ada dalam
lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasulullah
sollallaahu alaihi wasallam Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan
gelaran Abu Hurairah r.a.[1]
Kemasukan Abu Hurairah ke Islam
Abu Hurairah memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah berada di Khaibar.
Abu Hurairah r.a. memeluk Islam pada tahun 7 Hijrah ketika Rasulullah
sollallaahu alaihi wasallam berangkat menuju ke Khaibar. Ketika itu
ibunya masih belum menerima Islam malah menghina Nabi. Abu Hurairah r.a.
lalu bertemu Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam dan meminta
bahaginda berdoa agar ibunya masuk Islam. Kemudian Abu Hurairah r.a.
menemui ibunya kembali, mengajaknya masuk Islam. Ternyata ibunya telah
berubah, bersedia mengucapkan dua kalimat syahadat.
Apabila pulang dari Perang Khaibar, Rasulullah sollallaahu alaihi
wasallam memperluaskan Masjid Nabawi ke arah barat dengan menambah ruang
sebanyak tiga tiang lagi. Abu Hurairah r.a. turut terlibat dalam
pengubahsuaian ini. Ketika dilihatnya Rasulullah sollallaahu alaihi
wasallam turut mengangkat batu, ia meminta agar beliau menyerahkan batu
itu kepadanya. Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam menolak seraya
bersabda, "Tiada kehidupan sebenarnya, melainkan kehidupan akhirat."
Abu Hurairah r.a. pernah tersilap menimbang makanan yang lazat
sehinggakan dia dikenakan hukuman dipukul oleh Rasulullah sollallaahu
alaihi wasallam Bagaimanapun Abu Hurairah r.a. gembira "Kerana Nabi
menjanjikan akan memberi syafaat kepada orang yang pernah merasa
disakitinya secara sengaja atau tidak," katanya.
Begitu cintanya kepada Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam sehingga
siapa pun yang dicintai,ia ikut mencintainya. Misalnya,ia suka mencium
Hasan dan Husain, kerana melihat Rasulullah sollallaahu alaihi
wasallammencium kedua cucunya itu.
Abu Hurairah di Madinah
Abu Hurairah r.a. berpindah ke Madinah untuk mengadu nasib. Di sana ia
bekerja menjadi buruh kasar bahagi siapa yang memerlukannya Sering kali
dia mengikatkan batu ke perutnya, kerana menahan lapar yang amat sangat.
Malah diceritakan bahawa dia pernah berbaring berhampiran mimbar masjid
sehinggakan orang menyangka dia kurang waras. Apabila Rasulullah
sollallaahu alaihi wasallam mendengarkan perkara tersebut, bahaginda
menemui Abu Hurairah r.a. yang menjelaskan bahawa dia berbuat sedemikian
kerana lapar, lalu Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam pun segera
memberinya makanan. Asal usul gelaran Abu Hurairah
Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak
kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu
Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam dia ditanyai apa yang ada dalam
lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam
lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasulullah
sollallaahu alaihi wasallam Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan
gelaran Abu Hurairah r.a..
Peribadi Abu Hurairah
Abu Hurairah r.a. adalah sahabat yang sangat dekat dengan Nabi
sollallaahu alaihi wasallam. Ia dikenal sebagai salah seorang Ahli
suffah, yaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu dan tinggal
di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi sollallaahu alaihi
wasallam., sehingga bahaginda selalu menyuruh Abu Hurairah r.a. untuk
mengumpulkan Ahli suffah, jika ada makanan yang hendak dibahagikan.
Pernah pula pada suatu masa, dia duduk di tepi jalan tempat orang
biasanya berlalu lalang sambil mengikatkan batu ke perutnya. Dilihatnya
Abu Bakar r.a melintas. Lalu dia minta dibacakan satu ayat Al-Quran.
"Aku bertanya begitu supaya dia mengajakku ikut, memberiku pekerjaan,"
tutur Abu Hurairah r.a.. Tapi Abu Bakar r.a. cuma membacakan ayat,
lantas berlalu.
Dilihatnya Umar ibn Khattab r.a.. "Tolong ajari aku ayat Al-Quran," kata
Abu Hurairah r.a.. Ternyata dia kecewa sekali lagi kerana Umar
r.a.melakukan hal yang sama.
Tak lama kemudian Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam pula yang
berlalu. Nabi tersenyum. "Beliau tahu apa isi hati saya. Beliau boleh
membaca raut muka saya dengan tepat," tutur Abu Hurairah r.a..
"Ya Aba Hurairah!" panggil Nabi.
"Labbaik, ya Rasulullah!"
"Ikutlah aku!"
Beliau mengajak Abu Hurairah r.a. ke rumahnya. Di dalam rumah didapati
semangkok susu. "Dari mana datangnya susu ini?" tanya Rasulullah
sollallaahu alaihi wasallam. Beliau diberitahu bahawa seseorang telah
memberikan susu itu.
"Ya Aba Hurairah!"
"Labbaik, Ya Rasulullah!"
"Tolong panggilkan Ahli suffah," kata Rasulullah sollallaahu alaihi
wasallam. Susu tadi lalu dibahagikan kepada Ahli suffah, termasuk Abu
Hurairah r.a.. Sejak itulah, Abu Hurairah r.a. mengabdi kepada
Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam , bergabung dengan Ahli suffah di
pondok masjid.
Abu Hurairah r.a. berjaya meriwayatkan banyak hadits disebabkan beliau
sentiasa berdamping dengan Rasulullah selama 3 tahun, selepas memeluk
Islam. Ini sebagaimana yang di riwayatkan olehnya :-
Terjemahannya :-
... sesungguhnya saudara kami daripada golongan Muhajirin sibuk dengan
urusan mereka di pasar dan orang-orang Ansar pula sibuk bekerja di
ladang mereka sementara aku seorang yang miskin sentiasa bersama
Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam 'Ala Mil'i Batni. Aku hadir di
majlis yang mereka tidak hadir dan aku hafaz pada masa mereka lupa.
(Al-Bukhari)
Pada mulanya Abu Hurairah r.a. mempunyai ingatan yang lemah lalu beliau
mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mendoakan agar Abu Hurairah
r.a. diberkati dengan daya ingatan yang kuat lalu semenjak hari itu Abu
Hurairah dikurniakan dengan daya ingatan yang kuat yang membolehkan
beliau meriwayatkan jumlah hadits terbanyak di kalangan para sahabat.
Kisah Abu Hurairah r.a mengawal gudang zakat
Dikatakan pada satu ketika Abu Hurairah r.a. telah diamanahkan oleh
Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam untuk menjaga gudang hasil zakat.
Pada suatu malam Abu Hurairah r.a. telah ternampak seseorang
mengendap-gendap hendak mencuri, lalu ditangkapnya. Orang itu pun hendak
dibawanya berjumpa Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam tetapi
pencuri itu merayu minta dikasihani seraya menyatakan bahawa dia mencuri
untuk menyarai keluarganya yang kelaparan.
Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskan pencuri itu dengan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya lagi.
Keesokkan harinya perkara tersebut dilaporkan kepada Rasulullah
sollallaahu alaihi wasallam Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam
tersenyum lalu bersabda bahawa pencuri itu pasti akan kembali.
Ternyata keesokkan malamnya pencuri itu datang lagi. Sekali lagi Abu
Hurairah r.a. menangkap pencuri itu lalu hendak dibawanya berjumpa
dengan Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam Sekali lagi, pencuri itu
merayu sehinggakan Abu Hurairah r.a. merasa kasihan lalu melepaskannya
sekali lagi. Keesokkan harinya, dia melaporkan hal tersebut kepada
Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam yang mengulangi sabdanya bahawa
pencuri itu pasti akan kembali.
Apabila pencuri itu ditangkap sekali lagi Abu Hurairah r.a. mengancam
akan membawanya berjumpa Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam Pencuri
itu merayu meminta dibebaskan sekali lagi lagi. Apabila Abu Hurairah
r.a. enggan melepaskannya, pencuri itu menyatakan dia akan mengajar
sesuatu yang baik sekiranya ia di bebaskan. Pencuri itu menyatakan
bahawa sekiranya seseorang itu membaca ayat Kursi sebelum tidur shaitan
tidak akan menggangguinya.
Abu Hurairah r.a. merasa tersentuh mendengarkan ajaran pencuri itu lalu
melepaskannya pergi. Keesokkan harinya dia melapurkan peristiwa tersebut
kepada Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam yang bersabda, pencuri
yang ditemuinya itu adalah pembohong besar, tetapi apa yang diajarkan
kepada Abu Hurairah r.a. itu adalah perkara yang benar. Sebenarnya
pencuri itu adalah shaitan yang dilaknat.
Era Usman ibn Affan
Apabila kediaman Amirul Mukminin Usman ibn Affan r.a. dikepung
pemberontak, dalam peristiwa yang dikenali sebagai al-fitnatul kubra
(fitnah/bencana besar), Abu Hurairah r.a. bersama 700 orang Muhajirin
dan Anshar tampil mengawal rumah tersebut. Meski dalam keadaan siap
untuk bertempur, Khalifah Ustman ibn Affan r.a. melarang pengikut
setianya itu memerangi kaum pemberontak.
Era Ali ibn Abi Talib
Pada masa Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib r.a. , Abu Hurairah r.a.
menolak tawaran menjadi gabenor Madinah. Ketika terjadi pertemuan antara
Khalifah Ali dan lawannya, Muawiyah ibn Abi Sufyan, ia bersikap
berkecuali dan menghindari fitnah. Setelah Muawiyah berkuasa, Abu
Hurairah r.a. dilantik menjadi gabenor Madinah setelah diusul oleh
Marwan ibn Hakam.
Kewafatan Abu Hurairah
Di Kota Penuh Cahaya (Al-Madinatul Munawwarah) ini pula dia mengembuskan
nafas terakhir pada 57 atau 58 H. (676-678 M.) dalam usia 78 tahun. Abu
Hurairah r.a. meninggalkan sebanyak 5,374 hadits.
Warisan
Hadits Abu Hurairah r.a. yang disepakati Imam Bukhari dan Muslim
berjumlah 325 hadits, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadits, dan oleh
Muslim sendiri 189 hadits. Hadits yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a.
juga terdapat dalam kitab-kitab hadits lainnya.
Terdapat pula golongan yang mempertikaikan tentang kesahihan
hadits-hadits yang di sampaikan oleh Abu Hurairah r.a. seperti dari
golongan orientalis barat, Ignaz Goldizihar yang telah membuat kritikan
terhadap hadits dan para perawinya termasuk Abu Hurairah. Tuduhan beliau
telah mempengaruhi beberapa penulis Islam seperti Ahmad Amin dan Mahmud
Abu Rayyuh untuk mengkritik kedudukan Abu Hurairah sebagai perawi
hadits. Tuduhan-tuduhan ini telah disanggah oleh Mustafa al Sibai dalam
al Sunnah wa Makanatuha halaman 273-283.
Selain daripada golongan ini terdapat juga kritikan kuat daripada
golongan Syiah. Ini mungkin disebabkan Abu Hurairah r.a. merupakan
penyokong Ustman ibn Affan r.a. dan juga pernah menjadi pegawai dinasti
Umayah. Penolakannya menyandang jawatan gabenor ketika ditawarkan oleh
Ali r.a. dan ketiadaan hadits yang berisi pujian atau pengistimewaan
kepada Ali dan keluarganya mungkin merupakan sebab-sebab lain Abu
Hurairah dikritik oleh kaum Syiah.
Antara menantunya adalah Said bin Al-Musayyab.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar